NaK T@u BLog ni PaSAl Ape....

Blog ini berkonsepkan dakwah yang menggunakan metod alam siber. Pendekatan ini di gunakan bagi menjalankan dakwah kepada golongan remaja dengan lebih berkesan memandangkan remaja pada masa kini banyak melayari internet.

Antara ciri-ciri blog ini ialah mudah difahami oleh setiap golongan tanpa mengira lapisan umur, Ianya bercirikan dakwah yang ringkas kepada remaja selain daripada itu blog ini jugamengenengahkan blog berkalendar hijri bagi mengingatkan bulan-bulan Islam yang semakin dilupai. Ini kerana saya melihat kebanyakan individu yang saya temui hanya meningati tarikh-tarikh masihiyah.

Semoga blog ini mampu membawa semula diri saya dan masyarakat amnya lebih dekat kepada Nya.

p/s ; Insya Allah------- [[
]]

meMpERTahanKaN KhazaNAH IlMU-ILmu ISLAM

Tradisi ilmu Islam berterusan kepada ulama-ulama selepas zaman Imam-Imam mazhab. Mereka memperjelaskan dan menghuraikan lagi kaedah atau metod yang telah digariskan oleh imam-imam mereka dalam mentafsirkan hukum-hukum dari al-Quran dan sunnah. Mereka berijtihad kerana pintu ijtihad sentiasa terbuka.

Ada yang mengatakan pintu ijtihad tertutup, bukan kerana ia tertutup, tetapi kerana lahir ramainya golongan jahil yang berijtihad melencong dari gagasan yang dibawa oleh al-Quran dan al-sunnah.Inilah khazanah ilmu Islam yang berharga, terbina lebih dari 1400 tahun. Kalau agama-agama lain, tidak diketahui asal-usul khazanah ilmunya, namun Islam kaya dengan khazanah ilmu yang amat dipercayai, tersusun dan bernilai. Khazanah-khazanah ini sebenarnya satu kesinambungan jaminan Allah SWT bahawa al-Quran dan ajarannya akan terjaga dan umatnya tidak sesat sehingga kiamat.

Masyarakat Islam perlu mempertahankan dan menghargai khazanah-khazanah ilmu Islam. Cukuplah Tartar yang menghumban banyak khazanah ilmu Islam ke dalam Sungai Furat dan Dajlah. Bak kata pepatah, tidak kenal maka tidak cinta. Gagasan mengenepikan khazanah ilmu-ilmu Islam biasanya datang dari mereka yang tidak pernah mendalami khazanah-khazanah tersebut. Tidak pernah ada gesaan dari ulama-ulama terkenal seperti Sheikh al-Buti, al-Qardawi, al-Zuhayli, al-Jaburi, al-Asyqar dan lain-lain supaya diketepikan khazanah-khazanah berharga tersebut.Tradisi ilmu ulama ialah berpegang kepada al-Quran dan sunnah.

Sekiranya sesuatu isu tidak diperkatakan oleh al-Quran dan sunnah secara langsung, mereka merujuk kepada fatwa sahabat. Sekiranya tiada, mereka akan melihat hukum-hukum yang dikeluarkan oleh para ulama dan penghujahan-penghujahan dalam kitab-kitab mereka. Inilah tradisi ilmu ulama.

Tanpa tradisi ini, seseorang sebenarnya mentafsirkan al-Quran dan sunnah mengikut akal masing-masing dan berdasarkan kefahaman dangkal setiap individu serta boleh membawa kesesatan sebagaimana wujudnya firqah-firqah sesat terdahulu yang mentafsirkan al-Quran dan sunnah di luar konteksnya yang sebenar. Wallahu a’lam.

BaCe MoLeK Ye KaWAn-KAwaN (",)


UNdanG-UNDang SyaRIaH


Islam diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada nur. Manusia dilantik menjadi khalifah dan tanggungjawab melaksanakan segala perintah Allah adalah merupakan satu perjanjian yang telah dimeterai diantara manusia dan Allah s.w.t. seperti mana dalam firmanNya:
Tidakkah Aku Tuhan kamu ? Lalu manusia menjawab ya, sesungguhnya kamu lah tuhan kami
Surah Al'A'raf 172.
Kesempurnaan iman dan tauhid seseorang itu kepada Allah s.w.t. akan hanya berlaku apabila dia telah meyakini bahawa sesungguhnya Allah itu mencipta, memiliki dan menguasai segala yang ada di alam ini dan Dialah pula yang wajib disembah, ditaati dan diikuti segala arahanNya dalam menjalani urusan hidup samada sebagai individu, ahli masyarakat, institusi ataupun sebuah sistem. Selagi mana penyerahan diri terhadap segala perintah Allah s.w.t. belum berlaku, maka selagi itulah kesempurnaan Iman dan Islam seseorang masih lagi belum sampai ketahap seperti yang diarahkan oleh Syara'.
Dalam menjalani kehidupan di dunia sebagai khalifah, manusia telah diutuskan dengan para Rasul untk memandu perjalanan hidup mereka agar bertepatan dengan peraturan dan arahan yang telah ditetapkan Allah s.w.t. Panduan ini adalah penting untuk menjawab sebarang kekeliruan yang timbul dalam proses perjalanan hidup manusia.
Salah satu kekeliruan yang begitu ketara pada hari ini adalah salah tanggap terhadap sistem syariah dan perundangan Islam yang asalnya menghantui orang-orang bukan Islam tetapi hari ini menjadi wabak pula di kalangan sebahagian umat Islam sendiri. Pelbagai tuduhan dan cercaan telah dilakukan terhadap undang-undang Islam. Ada yang mengatakan bahawa sistem perundangan Islam sudah tidak sesuai lagi dilaksanakan sekarang ini kerana zaman Nabi sudah tidak sama dengan zaman sekarang. Ada yang mengatakan bahawa sistem ini jumud (statik) dan tidak menjawab persoalan semasa umat yang sentiasa berkembang. Ada pula yang menyatakan bahawa sistem ini terlalu zalim kerana hukuman yang dikenakan ke atas pesalah melibatkan anggota, penganiyaan dan sebagainya. Walau apa pun tuduhan dan tohmahan yang diberikan terhadap sisem perundangan Islam, ianya akan tetap kekal sebagai sistem yang terunggul kerana ianya adalah dari Allah s.w.t. yang Maha Sempurna dan tidak mensyariatkan kepada manusia melainkan yang terbaik.
Sistem perundangan Islam merangkumi setiap bidang kehidupan manusia. Ianya adalah gabungan antara undang-undang sebagai alat kawalan sosial dan ikatan iman dan penyerahan diri kepada kuasa mutlak Allah s.w.t.. Konsep ini amat berbeza dengan konsep undang-undang sekular atau undang-undang lain ciptaan manusia yang mewujudkan pemisahan antara unsur-unsur agama dan undang-undang. Agama hanya dilihat sebagai ritual dalam majlis dan tempat tertentu sahaja dan tidak ada kaitan dengan kehidupan.

MLM.... Leh DApaT BaNYaK DuIT KeRRR


Jualan Pelbagai Peringkat atau lebih dikenali sebagai ‘Multi Level Marketing' atau MLM adalah amat popular di Malaysia. Dalam pada masa yang sama, sistem yang sama juga digunakan oleh industri penjualan Saham Amanah Islam dan beberapa produk Takaful. Statistik tahun 2003 menunjukkan industri MLM Malaysia mencatatkan jualan RM 4 bilion dan lebih dari 3 juta orang Malaysia terlibat dalam urusniaga MLM.
Akibat dari kebanjiran produk dan syarikat yang menggunakan sistem ini dalam mempromosi dan penjualan produk mereka. MLM kini boleh dianggap sebagai sebuah sistem pemasaran yang diterima ramai. Bagaimanapun, amat jarang dijumpai ilmuan Shariah samada dalam atau luar negara yang ingin atau berminat untuk menghuraikan sistem ini dari aspek Shariah dengan terperinci dan konkrit. Ini mungkin disebabkan kerumitan atau kurangnya minat ilmuan Shariah untuk mendalami proses sistem ini.
Para ‘Ustaz' dan Multi Level Marketing
Saya juga tidak dapat lari dari dibanjiri soalan demi soalan berkenaan hal ini. Pada awalnya, saya cuba untuk mengelak disebabkan terlampau banyak bentuk dan jenis MLM ini hingga menyukarkan sesiapa juga untuk memandu dan menerangkan hukumnya secara jelas. Di tambah pula mengenagkan pengikut dan pengamalnya yang terlalu ramai dan kebanyakkannya pula kelihatan ‘taksub' dan amat yakin akan halalnya kaedah MLM ini.
Tidak kurang juga terdapat para graduan Shariah atau pengajian Islam yang digelar ‘Ustaz' dan Ustazah' yang juga kuat berkempen produk-produk syarikat dengan skim MLM. Lebih hangat dan meriah lagi, kumpulan ini kerap mendakwa ianya halal lalu diselitkan dengan pelbagai dalil Al-Quran dan Hadith yang menggalakkan umat Islam berniaga, kuat ekonomi dan lain-lain. Hakikatnya, dalil-dalil ini bukanlah khusus untuk menyokong MLM dan perniagaan piramid mereka.
Ikhlas saya ingin nyatakan di sini, agak ramai juga orang ramai yang terpengaruh dengan kempenan dari kumpulan ilmuan agama seperti ini, menyebabkan orang ramai menyertainya tanpa berfikir lagi berkenaan halal atau haramnya sesuatu produk itu kerana ia telah diiktiraf oleh seorang ‘ustaz'. Justeru, saya ingin menasihatkan semua rakan-rakan lulusan Shariah dan Pengajian Islam agar lebih berhati-hati memberikan sebarang hukum dan merujuk dengan lebih mendalam sebelum berkempen dan mendakwa halalnya sesuatu produk hanya semata-mata kerana ia mendapat keuntungan besar di dalamnya. Ini kerana agak ramai juga saya dapati orang ramai yang berkiblatkan ustaz tertentu dalam kempen MLM mereka. Berkatalah Al-Laith bin Sa'ad : « Seandainya orang-orang yang memiliki pemahaman halal dan haram meneliti masalah ini, pastilah mereka tidak akan membolehkannya kerana terdapat di dalamnya unsur perjudian » ( Riwayat Al-Bukhari, no 2346 ). Sayyidina Umar al-Khattab r.a telah mengingatkan:
لا يبع في سوقنا إلا من قد تفقه في الدين
Ertinya : "Jangan seseorang kamu berjual beli di pasar kami, kecuali ia telah mendalami ilmu (hukum) agama tentangnya" ( Riwayat Tirmidzi, no 487, hlm 129 ; Albani : Hasan)
Bagi membantu masyarakat yang semakin ‘hangus' dalam industri ini, saya merasakan adalah elok untuk saya berkongsi panduan umum Shariah dalam hal penggunaan MLM ini. Bagaimanapun, saya tidaklah mampu untuk menujukan tulisan ringkas ini kepada mana-mana jenama MLM yang wujud di Malaysia mahupun luar negara. Tulisan ini hanya memberikan sedikit gambaran dan garis panduan yang diletakkan oleh undang-undang Islam dalam hal MLM ini.


Ajaran Rasulullah sandaran kukuh


Dalam konteks Perkhidmatan Awam, contoh dan teladan serta ajaran yang dibawa oleh Baginda Rasulullah merupakan elemen fundamental yang dapat dijadikan sandaran dalam memperkukuh komitmen, peranan serta tanggungjawab di kalangan pegawai serta kakitangan kerajaan ke arah melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Seandainya meneladani kepimpinan Baginda Rasulullah itu menjadi pegangan semua lapisan warga Perkhidmatan Awam, ditambah pula dengan penghayatan mendalam terhadap intipati peristiwa Israk Mikraj, maka dipercayai warga Perkhidmatan Awam di negara ini bukan saja akan dapat bertindak reponsif kepada kehendak keadaan semasa, tetapi juga menghindari diri masing-masing daripada sebarang keperilakuan negatif yang boleh menjejas dan menggugat imej baik serta kewibawaan Perkhidmatan Awam seperti kegiatan pecah amanah, salah guna kuasa, rasuah dan pembaziran masa.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Eusoff Agaki menyatakan perkara tersebut ketika hadir selaku tetamu kehormat di Majlis Sambutan Israk Mikraj Bagi Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan-jabatan Di Bawahnya bertempat di Institut Perkhidmatan Awam (IPA), di sini.
Justeru itu, beliau berkata bahawa kita perlu menonjolkan kepimpinan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam supaya Baginda Rasulullah akan sentiasa menjadi model, ikutan dan teladan dalam semua aspek kehidupan kita baik sebagai seorang pemimpin, ketua masyarakat, ketua keluarga mahupun pegawai dan kakitangan kerajaan.
Dalam hubungan ini, kegemilangan umat Islam iaitu di zaman pemerintahan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan para sahabat selepas Baginda di mana para Khalifah sentiasa mengamalkan corak kepimpinan 'cakap serupa bikin' dan pengikut-pengikut mereka yang sentiasa bersatu padu dengan semangat setia kawan yang kukuh berteraskan hukum-hukum Allah, keimanan, ketakwaan, sifat-sifat amanah, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah jua, di samping berjaya menyebarkan syiar Islam ke merata pelusuk dunia, itulah zaman kegemilangan Islam.
Waktu beredar, kemewahan melimpah ruah dan keimanan umat Islam mula goyah dan mereka bertindak tanpa mengikut lunas-lunas yang ditentukan ajaran Baginda Rasulullah dalam erti kata penganut-penganut Islam mula dibuai tarikan duniawi menuruti nafsu dengan mengutamakan unsur-unsur kebendaan, pangkat dan kuasa dalam kehidupan mereka di mana sedikit demi sedikit iman umat Islam beransur-ansur lemah.
Katanya, proses tersebut berterusan sehingga mengakibatkan umat Islam tidak 'tekabir' dengan apa yang diamanahkan dan hilang penghormatan serta kegemilangannya.
Jelasnya, hal tersebut dapat diilustrasikan oleh satu gambaran yang luar biasa dalam peristiwa Israk Mikraj iaitu perihal seorang yang sedang mengumpulkan seberkas kayu yang mana kayu tersebut cuba diangkatnya tetapi ia tidak terdaya kemudian orang tersebut menambah lagi berkas kayu yang sedia berat itu.
Malaikat Jibril memberitahu Baginda bahawa itulah gambaran orang yang banyak menanggung amanah, tetapi amanah-amanah tersebut tidak pernah ditunaikannya.
"Sebagai anggota dan kakitangan kerajaan, kita mengambil iktibar dari pengalaman-pengalaman Baginda melalui peristiwa Israk Mikraj tersebut," ujar beliau.
Anggota Perkhidmatan Awam perlu mempunyai sifat-sifat luhur di samping mengamalkan etika kerja yang mulia bagi menunaikan segala apa yang diamanahkan dan selayaknya dituntut oleh kerajaan terhadap kita.
Menurutnya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam titah baginda sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam pada tahun 2001 menekankan empat perkara yang patut ada pada setiap individu khususnya para pegawai dan kakitangan kerajaan iaitu sikap tawakal, ketaatan, yakin serta istiqamah dalam menjalankan tugas yang diamanahkan demi kemajuan bangsa, agama dan negara.
Perkara tersebut dapat dihayati dan diserapkan dalam pengendalian tugas dan peranan harian kita sebagai warga Perkhidmatan Awam yang komited serta sentiasa mengabdi kepada Allah Azzawajalla, dipercayai dengan izin Allah Subhanahu Wataala jua segala usaha pembaharuan serta penambahbaikan hasil yang diharapkan demi kepentingan negara.

Same ke DOk SaME........


At-TASyabbuh


At-Tasyabbuh secara bahasa diambil dari kata al-musyabahah yang berarti meniru atau mencontoh, menjalin atau mengaitkan diri, dan mengikuti. At-Tasybih berarti peniruan. Dan mutasyabihah berarti mutamatsilat (serupa). Dikatakan artinya serupa dengannya, meniru dan mengikutinya. Tasyabbuh yang dilarang dalam Al-Quran dan As-Sunnah secara syar’i adalah menyerupai orang-orang kafir dalam segala bentuk dan sifatnya, baik dalam aqidah, peribadatan, kebudayaan, atau dalam pola tingkah laku yang menunjukkan ciri khas mereka (kaum kafir).


Termasuk dalam tasyabbuh iaitu meniru terhadap orang-orang yang tidak soleh, walaupun mereka itu dari kalangan kaum muslimin, seperti orang-orang fasik, orang-orang awam dan jahil, atau orang-orang Arab (badwi) yang tidak sempurna diennya (keislamannya). Oleh karena itu, secara global kita katakan bahawa segala sesuatu yang tidak termasuk ciri khusus orang-orang kafir, baik aqidahnya, adat-istiadatnya, peribadatannya, dan hal itu tidak bertentangan dengan nash-nash serta prinsip-prinsip syari’at, atau tidak dikhawatirkan akan membawa kepada kerusakan, maka tidak termasuk tasyabbuh.


Inilah pengertian secara global.


Yang pertama kali harus kita pahami seperti dinyatakan dalam beberapa ketentuan Islam, bahwa dien (Islam) dibangun di atas pondasi yang dinamakan at-taslim, yakni penyerahan diri secara totalnya kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya.


Sedangkan at-taslim sendiri bermakna membenarkan seluruh yang diberitahukan Allah Subhanahu wa Ta’ala tunduk kepada perintah-perintah-Nya serta menjauhi larangan-larangan-Nya. Kemudian membenarkan apa-apa yang disampaikan Rasul-Nya, tunduk kepada perintah beliau, menjauhi larangannya dan mengikuti semua petunjuk-petunjuk beliau.


Jika kita sudah memahami kaedah-kaedah di atas, maka hendaklah seorang muslim untuk:
Bertaslim terhadap apa-apa yang dibawa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam.
Merealisasikannya dalam setiap amal perbuatan. Dan ajaran yang beliau bawa di antaranya larangan untuk bertasyabbuh terhadap orang-orang kafir.


Setelah bertaslim, merasa tenang dengannya dan percaya penuh dengan yang dikabarkan Alloh Subhanahu wa Ta’ala. Iman dengan segala yang disyari’atkan-Nya dan mewujudkan dalam perbuatannya, maka tidak dilarang baginya untuk mencari dalam sebab dan musababnya (mempertanyakan mengapa semua itu diharuskan kepada manusia, ed). Oleh karana itu kita dapat mengatakan, bahawa faktor yang menyebabkan kita dilarang bertasyabbuh dengan orang-orang kafir banyak sekali sebagian besar dapat diterima oleh akal sehat dan fitrah yang suci.
Adapun penyebab timbulnya larangan tersebut, diantaranya:


Semua perbuatan orang kafir pada dasarnya dibangun di atas pondasi kesesatan dlalalah dan kerosakan fasad. Inilah sebenarnya titik tolak semua perbuatan dan amalan orang-orang kafir, baik yang bersifat menakjubkan anda atau tidak, baik yang zahir (nampak nyata) kerosakannya ataupun terselubung. Kerana sesungguhnya yang menjadi dasar semua aktivitas orang-orang kafir adalah dlalal (sesat), inhiraf (menyeleweng dari kebenaran), dan fasad (rusak).


Baik dalam aqidah, adat-istiadat, ibadah, perayaan-perayaan hari besar, ataupun dalam pola tingkah lakunya. Adapun kebaikan yang mereka perbuat hanyalah merupakan suatu pengecualian saja. Oleh karena itu jika ditemukan pada mereka perbuatan-perbuatan baik, maka di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak memberi arti apapun baginya dan tidak diberi pahala sedikitpun. Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, yang artinya: “Dan Kami hadapi amal yang mereka kerjakan kemudian Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.” (QS: Al-Furqan: 23)


Dengan bertasyabbuh terhadap orang kafir, maka seorang muslim akan menjadi pengikut mereka. Yang berarti dia telah menentang atau memusuhi Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya. Dan dia akan mengikuti jalur orang-orang yang tidak beriman. Padahal dalam perkara ini terdapat peringatan yang sangat keras sekali, sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, yang ertinya: “Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas datang kepadanya petunjuk dan mengikuti jalannya orang-orang yang tidak beriman, Kami biarkan ia leluasa dengan kesesatannya (yakni menentang Rasul dan mengikuti jalan orang-orang kafir, pen.) kemudian Kami seret ke dalam Jahannam. Dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.” (QS: An-Nisa’: 115)


Hubungan antara sang peniru dengan yang ditiru seperti yang terjadi antara sang pengikut dengan yang diikuti yakni penyerupaan bentuk yang disertai kecenderungan hati, keinginan untuk menolong serta menyetujui semua perkataan dan perbuatannya. Dan sikap itulah yang menjadi bagian dari unsur-unsur keimanan, di mana seorang muslim tidak diharapkan untuk terjerumus ke dalamnya.


Sebagian besar tasyabbuh mewariskan rasa kagum dan mengukuhkan orang-orang kafir. Dari sana timbullah rasa kagum pada agama, kebudayaan, pola tingkah laku, perangai, semua kebejatan dan kerusakan yang mereka miliki. Kekagumannya kepada orang kafir tersebut akan berdampak penghinaan kepada As-Sunnah, melecehkan kebenaran serta petunjuk yang dibawa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam dan para pendahulu umat ini yang soleh. Karena barangsiapa yang menyerupai suatu kaum pasti sepakat dengan fikrah (pemikiran) mereka dan ridla dengan semua aktivitinya. Inilah bentuk kekaguman terhadap mereka.


Sebaliknya, ia tidak akan merasa kagum terhadap semua hal yang bertentangan dengan apa yang dikagumi tersebut.
Musyabbahah (meniru-niru) itu mewariskan mawaddah (kasih sayang), mahabbah (kecintaan), dan mawalah (loyalitas) terhadap orang-orang yang ditiru tesebut. Karena bagi seorang muslim jika meniru dan mengikuti orang-orang kafir, tidak bisa tidak, dalam hatinya ada rasa ilfah (akrab dan bersahabat) dengan mereka. Dan rasa akrab dan bersahabat ini akan tumbuh menjadi mahabbah (cinta), ridla serta bersahabat kepada orang-orang yang tidak beriman. Dan akibatnya dia akan menjauh dari orang-orang yang shalih, orang-orang yang bertakwa, orang-orang yang mengamalkan As-Sunnah, dan orang-orang yang lurus dalam berislam. Hal tersebut merupakan suatu hal yang naluriah, manusiawi dan dapat diterima oleh setiap orang yang berakal sehat.


Khususnya jika muqallid (si pengikut) merasa sedang terkucil atau sedang mengalami kegoncangan jiwa. Pada saat yang demikian itu apabila ia mengikuti yang lainnya, maka ia akan merasa bahwa yang diikutinya agung, akrab bersahabat, dan terasa menyatu dengannya. Kalau tidak, maka keserupaan lahiriah saja sudah cukup baginya. Keserupaan lahiriah ini direfleksikan ke dalam bentuk kebudayaan dan tingkah laku. Dan tidak bisa tidak, kelak akan berubah menjadi penyerupaan batin. Hal ini merupakan proses yang wajar dan dapat diterima oleh setiap orang yang mau mengamati permasalahan ini dalam pola tingkah laku manusia (human being).Kalau seseorang bepergian ke negeri lain maka ia akan menjadi orang asing di sana. Jika dia bertemu dengan seseorang yang berpakaian sama dengan pakaiannya, kemudian berbicara dengan bahasa yang sama pula pasti akan timbul mawaddah (cinta) dan ilfah (rasa akrab bersahabat) lebih banyak dibanding kalau di negeri sendiri. Jadi apabila seseorang merasa serupa dengan lainnya, maka rasa persamaan ini akan membekas di dalam hatinya. Ini dalam masalah yang biasa. Lalu bagaimana jika seorang muslim menyerupakan diri dengan orang-orang kafir karena kagum kepada mereka? Dan memang inilah yang kini banyak terjadi. Suatu hal yang tidak mungkin, seorang muslim bertaklid dan menokohkan orang kafir kalau tidak berawal dari rasa kagum, kemudian disusul dengan keinginan untuk mengikuti, mencontoh, dan akhirnya menumbuhkan rasa cinta yang mendalam yang disertai dengan sikap loyalitas yang tinggi. Hal itu bisa dilihat pada masa sekarang di mana banyak muslim yang bergaya hidup kebarat-baratan.


Bertasyabbuh terhadap orang-orang kafir pada dasarnya akan menjerumuskan kepada kehinaan, kelemahan, kekerdilan (rendah diri), dan kekalahan. Oleh kerana itu sikap bertasyabbuh dilarang keras. Demikianlah yang terjadi pada sebagian besar orang-orang yang mengikuti orang-orang kafir sekarang ini.

Mcm MAne Ni AWanG !!





KEmANa ARah REmAJA KiTA!!!!!!!!!!!!!

Para remaja muda-mudi kita adalah warisan kita bagi masa depan. Mereka adalah aset yang berharga agar agama Islam tetap dihayati dan dipraktikkan oleh masyarakat Islam di masa yang akan datang. Mereka adalah harapan masyarakat dan negara. Maka adalah penting bagi kita memastikan agar mereka bersedia untuk membawa panji perjuangan kita di masa yang akan datang. Mereka mesti menjadi orang-orang yang bisa diharapkan, bukan saja untuk membina masyarakat dan negara yang maju, tetapi yang lebih penting adalah agar Islam akan terus menjadi panduan masyarakat.


Alhamdulillaah, sekarang sudah banyak contoh-contoh yang baik yang boleh kita ambil sebagai teladan. Kita mempunyai golongan muda-mudi Islam yang boleh menjadi kebanggaan dan harapan masyarakat. Dan sekarang kita melihat semakin ramai anak muda kita yang mempunyai kesedaran dan penghayatan terhadap agama Islam.


Mereka ingin mempraktikkan Agama Islam dalam semua aspek kehidupan mereka. Ini harus dibanggakan dan disebarluaskan agar lebih semarak remaja dan golongan muda menjadikan Islam sebagai kehidupan mereka. Akan tetapi masih banyak di kalangan remaja kita yang terbawa budaya yang bertentangan dengan nilai-nilai murni Islam.





Sebagai contoh, setiap tahun lebih dari 100 pasangan Islam mendaftarkan diri untuk menikah dengan calon istri yang sudah hamil. sebahagianagian besar di antara mereka akan melahirkan anak diluar nikah sementara sebagian kecil menggugurkan kandungan mereka.

Adakah ini yang kita inginkan dalam masyarakat Islam kita? Adakah ini yang dikatakan sebagai khairul ummah atau sebaik-baik umat? Semakin banyak remaja kita yang tanpa segan dan malu membuka aurat mereka. Malah ada yang lebih berani lagi. Mereka berdua-duaan dan berkelakuan tidak senonoh di tempat umum.



Ini bertentangan dengan ajaran Islam. Pertanyaannya, mengapa mereka melakukan hal yang demikian? Banyak faktor yang berperanan. Tetapi yang paling terlihat adalah faktor pendoktrinan terhadap budaya-budaya asing (Ghazwul Fikr).


Kalau zaman dahulu ada television. Sekarang ini kita menghadapi pula teknologi internet dan televisi kabel yang mana segala bentuk informasi dapat diraih hanya dengan menekan tombol remote saja.




Memang tidak dapat disanggah, bahawa internet dan television kabel membawa kebaikan. Dengannya kita lebih tahu perkembangan dunia dan ilmu-ilmu sains terkini. Masyarakat kita tidak lagi seperti katak di bawah tempurung. Berbagai manfaat yang dapat kita peroleh. Akan tetapi internet dan television kabel juga membawa unsur-unsur yang bertentangan dengan nilai Islam.


Dan jika kita tidak dibentengi dan diperkuat dengan agama, maka kita juga bisa terpedaya dengan unsur-unsur negatif tersebut. Bayangkanlah! Seorang remaja yang masih memerlukan bimbingan dalam kehidupan mereka, disajikan setiap hari dengan budya hidup yang bertentangan dengan Islam, tidakkah ia akan mudah terpengaruh?


Di internet pula, halaman porno dengan mudah dilihat. Kalau ini menjadi menu harian kepada anak-anak Islam kita semasa mereka sedang ABG, maka tidak heran akhirnya nilai-nilai Islam menjadi asing bagi mereka. Dalam keadaan semacam ini, Setiap orang tua bertanggung-jawab mendidik anak-anak mereka dengan nilai-nilai Islam. Anak-anak adalah amanah Allah. Dan Allah akan minta pertanggungjawaban kita di akhirat kelak mengenai pendidikan terhadap anak-anak kita tersebut. Berapa banyak orang tua yang akan diseret ke neraka atas perbuatan anak-anak mereka?!.


Sebaliknya kita perlu merenung kembali. Adakah kita sudah memainkan peranan yang secukupnya sebagai seorang Ayah atau ibu dan atau sebagai seorang abang atau kakak? Adakah kita sudah memainkan peranan dalam mendidik dan menanamkan keimanan dalam jiwa anak-anak muslim kita sehingga mereka tidak mudah terperdaya? Sudahkan anak-anak kita diberi pengajaran Islam yang secukupnya untuk mereka menghadapi dunia sekarang yang penuh godaan ini. Anak-anak semula memandang orang tua mereka sebagai panduan hidup mereka.


Sekiranya orang tua tidak memberikan contoh yang baik, sekiranya orang tua sendiri terpengaruh dengan unsur-unsur negatif Barat, maka tidak heranlah jika anak-anak mereka juga berkelakukan demikian. Seperti kata pepatah : Ayah Kencing Berdiri, anak Kencing berlari. Akan tetapi kalau orang tua menunjukkan contoh yang baik terhadap anak-anak mereka, menjadikan keluarga mereka sebagai keluarga Islami, yang menerapkan nilai-nilai Islam dalam keluarga mereka, maka percayalah, anak-anak mereka juga akan menjadikan Islam sebagai panduan kehidupan mereka. Melalui tulisan kali ini, saya ingin menyeru kepada para remaja dan pemuda kita, agar menyadari bahwa mereka adalah harapan keluarga dan negara. Jika mereka menjalankan tanggung-jawab sebagai Pemuda Islam yang dinamik, maka masyarakat kita dan negara akan menjadi lebih maju lagi. Akan tetapi jika mereka lebih mementingkan keseronokan dan hiburan sehingga lalai dari tanggung-jawab, maka masyarakat dan negara kita akan menjadi lemah. Sebagai remaja Muslim, kita mempunyai empat tanggung-jawab :


Pertama : Kita WAJIB sadar bahwa waktu remaja bukanlah untuk berhura-hura, tetapi waktu tersebut WAJIB diisi dengan mencari ilmu pengetahuan dan menghayati Agama Islam. Jadikan waktu tersebut sebagai persiapan untuk menghadapi masa depan apabila kita semakin tua kelak.


Kedua : Kita tidak mudah terperdaya dengan unsur-unsur negatif. Ambillah budaya yang baik dari siapapun dalam mencari dan meningkatkan ilmu. Tetapi kekalkan akhlak dan cara kehidupan orang Islam. Kita akan menjadi orang yang paling disegani dan dihormati kelak. Kita akan Mulia di dunia dan di akhirat, insya Allah.


Ketiga : Sebagai remaja, janganlah kita menghabiskan masa berkhayal dengan perasaan cinta dan mencari pasangan. Hal itu tidak membawa banyak hasil. Malah waktu kita yang berharga yang sepatutnya dihabiskan dengan mencari ilmu atau berbakti kepada masyarakat.


Keempat : Hormatilah Orang Tua kita, walaupun pada pandangan kita mereka tidak memahami jiwa dan perasaan kita. Sesungguhnya, Orang tua kita adalah pintu syurga. Sekiranya kita tidak sependapat dengan mereka maka katakanlah dengan nada yang lembut dan sopan, bukan dengan membentak dan menunjukkan marah.


Firman Allah SWT dalam surah Al-Isra', ayat 23 yang ertinya, "Dan Tuhanmu telah menentukan agar kamu jangan menyembah melainkan Allah dan hendaklah kamu berbuat baik dengan mereka. Jika salah seorang dari mereka atau kedua-dua mereka telah berusia tua, maka janganlah berkata kasar kepada mereka, akan tetapi ucapkan kepada mereka dengan ucapan yang baik dan lembut."

BaCe Sket......(",)

Isu “Negara Islam” di Malaysia menimbulkan kontroversi bukan sahaja di kalangan Muslim tetapi juga bukan Muslim. Bagi seorang muslim yang memahami serta mendapat gambaran sebenar tasawwur “negara Islam” di zaman Nabi Muhammad saw dan zaman-zaman khalifah selepas baginda, ianya tidak menimbulkan sebarang keraguan. Malah, “negara Islam” yang dimaksudkan itu sentiasa menjadi impian bagi seseorang Muslim yang mempunyai persepsi yang jelas mengenai rupa bentuk negara Islam. Manakala bagi orang yang tidak mendapat gambaran yang jelas dan tidak memahami konsep serta tasawwur “negara Islam” yang dimaksudkan, samada mereka itu orang Islam atau bukan Islam, maka sudah pasti mereka akan ragu-ragu dan menolaknya. Apatah lagi apabila ada pihak yang tidak suka kepada Islam atau “negara Islam” itu menjalankan propaganda negatif dan memberikan gambaran yang salah kepada orang ramai khususnya kepada orang bukan Islam.
Justeru tidak hairanlah jika ada orang yang menolak cadangan “negara Islam” yang ingin diketengahkan oleh beberapa golongan samada badan bukan kerajaan atau parti politik atau individu. Apabila ini berlaku, maka sukar bagi umat Islam untuk menyalahkan orang bukan Islam yang menolak “negara Islam” kerana di dalam pemikiran orang bukan Islam seperti beberapa orang pimpinan parti DAP, MIC, dan MCA yang sudah pasti tidak memahami tasawwur “negara Islam” sebenar. Apabila seseorang itu tidak mempunyai maklumat yang betul atau benar, sudah tentu ia akan ragu-ragu dan kadangkala akan memusuhi pihak yang satu lagi. Ini bermakna menjadi umat Islam harus menyahut cabaran bagi memberikan penjelasan demi penjelasan mengenai apa yang dimaksudkan dengan “negara Islam.” Ringkasnya usaha dakwah dalam menyampaikan maksud sebenar konsep dan tasawwur negara Islam serta kebaikan dan keadilan dalam pemerintahan Islam.
Perlu ditekankan di sini bahawa isu “negara Islam” sering disalahtafsirkan. “Negara Islam” tidak boleh diukur dengan majoriti atau minoriti umat Islam di sesebuah negara. Catatan sejarah dengan jelas menunjukkan bahawa orang-orang bukan Islam dalam sesebuah negara pernah menerima Islam sebagai sistem pemerintahan walaupun orang bukan Islam merupakan majoriti di negara berkenaan. Bermula daripada Kerajaan Islam Rasulullah SAW di Madinah yang didiami oleh masyarakat majmuk, kemudian Kerajaan Islam minoriti yang diketuai oleh Abu Musa Al-Asya’ari di Yaman, Kerajaan Islam minoriti Umaiyyah di Andalus dan Kerajaan Islam minoriti Mataram di Jawa, telah membuktikan bahawa “negara Islam” pernah wujud dalam negara di mana majoriti rakyatnya ialah bukan Islam dan yang memerintah negara berkenaan ialah orang Islam.
Seseorang yang bukan Islam, misalnya Ah Chong atau Ramasamy atau Putong A/L Ambok yang sembahyang lima waktu dan puasa dalam bulan Ramadan tidak menjadikan beliau seorang Muslim kerana beliau tidak mengucap dua kalimah syahadah yang bertunjangkan kepada kesedaran tauhid. Begitu jugalah jika sesebuah negara yang membina bank Islam atau sekolah Islam atau masjid untuk orang Islam masih belum boleh dianggap sebagai sebuah negara Islam jika negara tersebut tidak “mengucap dua kalimah syahadah” iaitu meletakkan dasar bahawa tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah. Ringkasnya maksud kalimah syahadah ini menafikan adanya Tuhan, peraturan, kuasa, manusia, kebendaan atau perasaan serta nafsu yang lebih besar atau lebih mulia dari Allah SWT dan undang-undang serta peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah di dalam al-Qur’an dan apa jua yang disampaikan oleh Rasulullah saw.
Bagi mengelakkan salah-salah terhadap isu negara Islam ini, ada baiknya kita merujuk kembali sejarah ringkas kedatangan Islam di Malaysia

Older Posts

 

 

Blogger Template by Blogcrowds