NaK T@u BLog ni PaSAl Ape....

Blog ini berkonsepkan dakwah yang menggunakan metod alam siber. Pendekatan ini di gunakan bagi menjalankan dakwah kepada golongan remaja dengan lebih berkesan memandangkan remaja pada masa kini banyak melayari internet.

Antara ciri-ciri blog ini ialah mudah difahami oleh setiap golongan tanpa mengira lapisan umur, Ianya bercirikan dakwah yang ringkas kepada remaja selain daripada itu blog ini jugamengenengahkan blog berkalendar hijri bagi mengingatkan bulan-bulan Islam yang semakin dilupai. Ini kerana saya melihat kebanyakan individu yang saya temui hanya meningati tarikh-tarikh masihiyah.

Semoga blog ini mampu membawa semula diri saya dan masyarakat amnya lebih dekat kepada Nya.

p/s ; Insya Allah------- [[
]]

KeNa Tau Ni !!!!!!!!!!!!!





Setiap tahun kita hampir lupa dengan tarikh ini. Tarikh yang tidak kurang penting dalam sejarah Malaysia. Pada tarikh tersebutlah, pada tahun 1963, Malaysia ditubuhkan. Tapi pada tahun ini tarikh ini diingat semula, Anwar Ibrahim memilih tarikh ini untuk cuma mengambil alih pemerintahan Malaysia.Pada tahun ini sekitar tarikh tersebut, Malaysia sedang menghadapi satu krisis kepimpinan yang nyata. Di sebelah pihak amat yakin sudah mempunyai cukup ahli untuk memerintah Malaysia. Di sebelah lagi pula, dengan yakin mempertahankan yang Malaysia akan terus diperintah oleh puak ini. Di sebelah pihak dengan lantang mendedahkan kepincangan, sebelah pihak lagi dengan angkuh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri.Rakyat malaysia kebanyakannya ingin melihat scenario ini berakhir secepat mungkin. Berakhir dengan kesan positif pada kehidupan seharian mereka. Tidak kira siapa yang menang, tapi yang penting kehidupan mereka menjadi lebih baik.Namun hakikatnya, Tidak ada yang lebih baik daripada penerapan Islam secara total, bukan sekadar diterapkan pada hari hari tertentu (had-hari) atau pada maslahat tertentu. Sebagai muslim, terutama pemimpin yang mengaku dirinya muslim, sepatutnya terus berusaha untuk membetulkan landasan ini agar tidak diazab di hari pembalasan kelak.

Tangga Muslim

Asas -Asas Pembentukan Rumah Tangga Muslim

Salah satu aspek penting dalam persiapan untuk melalui hidup secara Islam adalah menyediakan rumah tangga kita supaya menjadi rumah tangga muslim. Rumah tangga yang mempunyai ciri-ciri keIslaman yang sebenarnya sahaja boleh menyediakan persekitaran yang harmoni dan tarbawi (bercirikan tarbiyyah Islam) yang akan menjuruskan kepada kasih sayang, hormat menghormati serta perlaksanaan ibadah yang membawa kepada ketenangan dan ketenteraman. blog ini cuba membentangkan persoalan rumah tangga Islam dan kedudukannya dalam pembentukan generasi anak kita yang mampu menghayati Islam secara slalui kehidupan mereka sepertimana yang Allah SWT kehendaki dan seterusnya memikul tanggungjawab Islam dengan menumpukan perbincangan kepada beberapa aspek komunikasi dalam rumah tangga tersebut.

APA KATA ISLAM MENGENAI PEMBINAAN RUMAH TANGGA?

Sebelum kita meneruskan perbincangan mengenai tajuk ini mari kita cuba memahami pengertian rumah tangga atau keluarga muslim. Apa yang dimaksudkan dengan keluarga muslim adalah keluarga yang mendasarkan segala aktivitinya pada pembentukan keluarga yang sesuai dengan syari`at Islam. Berdasarkan al Qur`an dan As Sunnah, terdapat beberapa tujuan terpenting pembentukan rumah tangga muslim ini, iaitu:

(a) mendirikan syari`at Allah dalam segala permasalahan rumah tangga;
Rujuk Al Baqarah : 229

(b) mengwujudkan ketenteraman dan ketenangan jiwa dan ruh;
Rujuk Al 'A'raf: 189

Di dalam Surah ar Rum ayat 21 ALlah SWT telah berfirman:
Maksudnya:
" dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa mawaddah dan rahmah. Sesungguhnya pada yang demikian benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir"


Al Qurtubi telah mencatatkan komentar Ibn Abbas R.A mengenai mawaddah, yang dijelaskan sebagai “cinta kasih seorang lelaki kepada isterinya" dan rahmah pula bermaksud " rahmatnya agar isterinya jangan sampai menderita atau mengalami kesusahan". Di sini dapatlah disimpulkan bahawa pembentukan rumah tangga muslim itu diasaskan di atas mawaddah dan rahmah.

Suasana rumah tangga yang dibina di atas dasar cinta dan kasih sayang yang suci akan mententeramkan dan memberikan ketenangan jiwa dan ruh dalam kehidupan muslim. Dalam hal ini tiada contoh yang lebih baik dan lebih tepat daripada rumah tangga RasuluLlah SAW yang dibina bersama dengan Sayyidatina Khadijah R.A , terutama sekali pada ketika meghadapi cabaran-cabaran dan pengalaman-pengalaman baru yang memerlukan sokongan padu serta keyakinan yang tidak ada sebarang keraguan dari si isteri. Anak-anak yang di bentuk di dalam suasana mawaddah dan rahmah ini akan menghasilkan peribadi yang bahagia, yakin diri, tenteram, kasih sayang, serta jauh dari kekacauan serta penyakit batin yang melemahkan peribadi.

Selain dari dua tujuan di atas terdapat dua lagi tujuan pembinaan rumah tangga di dalam Islam, iaitu:
(c) mengwujudkan Sunnah RasuluLlah SAW dengan melahirkan anak-anak soleh sehingga umat manusia merasa bangga akan kehadiran kita;

(d) memenuhi keperluan cinta kasih anak-anak, dan ketidakseimbangan atau ketandusan cinta kasih ini akan menyebabkan penyimpang akhlaq dan perilaku;

Di dalam persoalan perkahwinan dan seterusnya pembentukan rumah tangga muslim ini, Islam tidak menyempitkan perkahwinan itu hanya untuk mendapatkan anak-anak soleh, walaupun ini adalah salah satu tujuan utama; atau untuk mengekang pandangan dan menjaga kemaluan, walaupun ini juga salah satu matlamat perkahwinan; dan bukan juga bertujuan untuk menyalurkan nafsu secara syar'ie sahaja; tetapi Islam telah menentukan matlamat yang lebih tinggi; lebih mulia dan lebih jauh jangkauannya. Ianya berkait rapat dengan matlamat kemasyarakatan, pembangunan umat, serta perlaksanaan amal Islam yang luas.
Walaupun antara matlamat terpenting dalam pembentukan rumah tangga muslim ini adalah untuk menyediakan suasana dan persekitaran yang subur untuk mendidik anak-anak tetapi Islam telah menentukan bahawa perlanjutan zuriat itu yang utamanya adalah bermatlamatkan da'wah dan jihad.

Maksud ayat-ayat al Qur'an yang berikut menggambarkan hajat suci ini dari do'a Nabi Zakaria yang berhajat kepada anak untuk meneruskan kewajipan da'wah yang dipikulnya.:
"Ya Rabbi, kurniakan aku seorang anak yang baik di sisi Engkau"
"Anugerahkan aku seorang putera, yang akan mewarisi sebahagian keluarga Ya'qub"
Surah Maryam
: 5-6

Newer Posts Older Posts Home

 

 

Blogger Template by Blogcrowds