
NaK T@u BLog ni PaSAl Ape....
Blog ini berkonsepkan dakwah yang menggunakan metod alam siber. Pendekatan ini di gunakan bagi menjalankan dakwah kepada golongan remaja dengan lebih berkesan memandangkan remaja pada masa kini banyak melayari internet.Antara ciri-ciri blog ini ialah mudah difahami oleh setiap golongan tanpa mengira lapisan umur, Ianya bercirikan dakwah yang ringkas kepada remaja selain daripada itu blog ini jugamengenengahkan blog berkalendar hijri bagi mengingatkan bulan-bulan Islam yang semakin dilupai. Ini kerana saya melihat kebanyakan individu yang saya temui hanya meningati tarikh-tarikh masihiyah.
Semoga blog ini mampu membawa semula diri saya dan masyarakat amnya lebih dekat kepada Nya.
p/s ; Insya Allah------- [[ by AzRUL AmINuR R@ShiD ]]
Dicatat oleh
AzRUL AmINuR R@ShiD
di
7:44 AM
Sumpah laknat
"Wallahi - Wabillahi - Watallahi
nilah lafaz pembukaan bagi sumpah seorang muslim. Semoga orang yang dengan berani melafazkan perkataan ini sedar, ia bukan perkara yang boleh dipermainkan. Kita sebagai umat Islam yang memahami hal ini perlua sedar, kita jangan lagi mempertikaikan orang yang melakukan sumpah ini. Kita tidak harus menilai sama ada benar atau tidak sumpahnya, kerana sebaik sahaja ia melafazkan sumpah itu maka urusan ya atau tidak itu adalah antara yang bersumpah dengan Allah SWT. Kita juga tidak berhak untuk mengatakan orang yang tidak bersumpah itu sebagai takut kerana salah. Ini kerana melakukan sumpah ini bukan antara kita manusia, ini antara si pelaku dengan Allah SWT. Ini kerana apabila orang kedua itu bersumpah. adakah kita akan kata dia juga dipihak yang benar? Jadi siapa yang benar? Jawapannya ialah Allah SWT yang lebih mengetahui.Aku amat berharap agar ulama' ulama' bangkit dan menyedarkan umat tentang isu sumpah ini. Takut nanti ia menjadi mainan mulut mulut manusia munafik. Aku yang agak jahil dalam hal ini pun merasakan ada yang tak kena dengan lafaz sumpah ini. Adakah ia berlandaskan syarak. Kalau ya, apa nasnya? Bagaimana pula caranya? Apakah syarat syarat seseorang itu kena bersumpah? Mana yang lebih didahulukan.. pengadilan di mahkamah.. atau sumpah dulu?Semoga ulama' 2 response perkara ini secepat mungkin, supaya kesucian Islam tidak diperjudikan oleh manusia2 munafik di satu hari nanti.
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)