NaK T@u BLog ni PaSAl Ape....

Blog ini berkonsepkan dakwah yang menggunakan metod alam siber. Pendekatan ini di gunakan bagi menjalankan dakwah kepada golongan remaja dengan lebih berkesan memandangkan remaja pada masa kini banyak melayari internet.

Antara ciri-ciri blog ini ialah mudah difahami oleh setiap golongan tanpa mengira lapisan umur, Ianya bercirikan dakwah yang ringkas kepada remaja selain daripada itu blog ini jugamengenengahkan blog berkalendar hijri bagi mengingatkan bulan-bulan Islam yang semakin dilupai. Ini kerana saya melihat kebanyakan individu yang saya temui hanya meningati tarikh-tarikh masihiyah.

Semoga blog ini mampu membawa semula diri saya dan masyarakat amnya lebih dekat kepada Nya.

p/s ; Insya Allah------- [[
]]

Off line bErgUNa


Untuk sahabat-sahabat …. Saidina Ali bin Abi Talib: Lakukan kebaikan dan janganlah kamu mengutuk apa apa kebaikan,kerana kebaikan yang kecil sebenar nya besar dan kebaikan yang sedikit sebenarnya banyak. Janganlah salah seorang daripada kamu mengatakan bahawa orang lain lebih layak daripadaku untuk menbuat kebaikan kerana demi Allah S.W.T akan berlaku sedemikian.

"Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, pembantu Rasulullah saw. meriwayatkan dari beliau, bahwa beliau saw. bersabda, "Seseorang dari kamu tidak akan beriman (dengan sempurna), sehingga mencintai saudaranya sama seperti mencintai dirinya sendiri

"apabila kamu merasa letih berbuat kebaikan,maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan itu akan terus kekal" Saidina Ali

"gAnTuNgKaN aZaM dAn SeMaNgAtMu SeTiNgGi BiNtAnG Di LaNgiT…DaN rEnDaHkAn HaTiMu SeReNdAh MuTiArA Di LaUtAn…"

Untukmu dan jua diriku.. Janganlah memaksa esok untuk hari ini. Sedarlah bahawa usia, nasib kita pada esok berada di tangan Allah yang Maha Berkuasa. Gunakan hari ini sepenuhnya dan sempurnakan kerja hari ini dengan kesabaran dan kesyukuran. Hindarilah angan-angan dan prasangka yang kosong. Memikirkan masa depan dengan mengagak-agak dan membuka alam ghaib, kemudian kita hanyut dalam kecemasan yang hanya sangkaan adalah sesuatu yang tidak baik untuk hati dan keyakinan kita. Ini hanya angan-angan dan sangka buruk. Marilah kita berdoa, beristighfar selepas menghitung dosa masa lalu. Munajat kepada Allah SWT agar Dia menunjukkan kita jalan penyelesaian terbaik, inshaALLAHu amineen.. @};-

BismiLLAH.. Segala keresahan dan kebimbangan berpunca dari hati. Kerana setiap perbuatan bermula dari hati. Begitu juga setiap kejayaan dalam apa bidang berpangkal dari hati. Jagalah hati agar tidak sekali2 mendahului sesuatu yang belum berlaku. Firman Allah bermaksud : “Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh Allah, maka janganlah kamu meminta disegerakan.” (Surah an-Nahl, ayat 1) 8->

Ada empat hal yang dapat mengangkat seseorang kepada darjat yang tertinggi walaupun amal ibadatnya sedikit iaitu: sifat-sifat penyantun, merendah diri, pemurah dan budi pekerti yang baik. Itulah kesempurnaan IMAN. -Abul Qasim Al-Junaid-

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, keremajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi… lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan. Wahai Sahabatku, Sebarkanlah pesanan ini kepada sahabat lelaki anda sebagai renungan pada diri mereka dan dalam memilih bakal isteri….renung2kan….

Tidak ada sesuatupun yang paling berharga yang dimiliki oleh seseorang insan selepas nikmat Islam selain teman/ sahabat yang soleh, apabila kamu dapati kewujudan kasih sayang padanya, maka peganglah ia sungguh-sungguh." [ Saidina Umar al-Khattab ]

sahabat-sahabt sume komen2 la erk.....huhuhu

0 Comments:

Post a Comment



Newer Post Older Post Home

 

 

Blogger Template by Blogcrowds