NaK T@u BLog ni PaSAl Ape....

Blog ini berkonsepkan dakwah yang menggunakan metod alam siber. Pendekatan ini di gunakan bagi menjalankan dakwah kepada golongan remaja dengan lebih berkesan memandangkan remaja pada masa kini banyak melayari internet.

Antara ciri-ciri blog ini ialah mudah difahami oleh setiap golongan tanpa mengira lapisan umur, Ianya bercirikan dakwah yang ringkas kepada remaja selain daripada itu blog ini jugamengenengahkan blog berkalendar hijri bagi mengingatkan bulan-bulan Islam yang semakin dilupai. Ini kerana saya melihat kebanyakan individu yang saya temui hanya meningati tarikh-tarikh masihiyah.

Semoga blog ini mampu membawa semula diri saya dan masyarakat amnya lebih dekat kepada Nya.

p/s ; Insya Allah------- [[
]]

meMpERTahanKaN KhazaNAH IlMU-ILmu ISLAM

Tradisi ilmu Islam berterusan kepada ulama-ulama selepas zaman Imam-Imam mazhab. Mereka memperjelaskan dan menghuraikan lagi kaedah atau metod yang telah digariskan oleh imam-imam mereka dalam mentafsirkan hukum-hukum dari al-Quran dan sunnah. Mereka berijtihad kerana pintu ijtihad sentiasa terbuka.

Ada yang mengatakan pintu ijtihad tertutup, bukan kerana ia tertutup, tetapi kerana lahir ramainya golongan jahil yang berijtihad melencong dari gagasan yang dibawa oleh al-Quran dan al-sunnah.Inilah khazanah ilmu Islam yang berharga, terbina lebih dari 1400 tahun. Kalau agama-agama lain, tidak diketahui asal-usul khazanah ilmunya, namun Islam kaya dengan khazanah ilmu yang amat dipercayai, tersusun dan bernilai. Khazanah-khazanah ini sebenarnya satu kesinambungan jaminan Allah SWT bahawa al-Quran dan ajarannya akan terjaga dan umatnya tidak sesat sehingga kiamat.

Masyarakat Islam perlu mempertahankan dan menghargai khazanah-khazanah ilmu Islam. Cukuplah Tartar yang menghumban banyak khazanah ilmu Islam ke dalam Sungai Furat dan Dajlah. Bak kata pepatah, tidak kenal maka tidak cinta. Gagasan mengenepikan khazanah ilmu-ilmu Islam biasanya datang dari mereka yang tidak pernah mendalami khazanah-khazanah tersebut. Tidak pernah ada gesaan dari ulama-ulama terkenal seperti Sheikh al-Buti, al-Qardawi, al-Zuhayli, al-Jaburi, al-Asyqar dan lain-lain supaya diketepikan khazanah-khazanah berharga tersebut.Tradisi ilmu ulama ialah berpegang kepada al-Quran dan sunnah.

Sekiranya sesuatu isu tidak diperkatakan oleh al-Quran dan sunnah secara langsung, mereka merujuk kepada fatwa sahabat. Sekiranya tiada, mereka akan melihat hukum-hukum yang dikeluarkan oleh para ulama dan penghujahan-penghujahan dalam kitab-kitab mereka. Inilah tradisi ilmu ulama.

Tanpa tradisi ini, seseorang sebenarnya mentafsirkan al-Quran dan sunnah mengikut akal masing-masing dan berdasarkan kefahaman dangkal setiap individu serta boleh membawa kesesatan sebagaimana wujudnya firqah-firqah sesat terdahulu yang mentafsirkan al-Quran dan sunnah di luar konteksnya yang sebenar. Wallahu a’lam.

0 Comments:

Post a Comment



Older Post Home

 

 

Blogger Template by Blogcrowds