NaK T@u BLog ni PaSAl Ape....

Blog ini berkonsepkan dakwah yang menggunakan metod alam siber. Pendekatan ini di gunakan bagi menjalankan dakwah kepada golongan remaja dengan lebih berkesan memandangkan remaja pada masa kini banyak melayari internet.

Antara ciri-ciri blog ini ialah mudah difahami oleh setiap golongan tanpa mengira lapisan umur, Ianya bercirikan dakwah yang ringkas kepada remaja selain daripada itu blog ini jugamengenengahkan blog berkalendar hijri bagi mengingatkan bulan-bulan Islam yang semakin dilupai. Ini kerana saya melihat kebanyakan individu yang saya temui hanya meningati tarikh-tarikh masihiyah.

Semoga blog ini mampu membawa semula diri saya dan masyarakat amnya lebih dekat kepada Nya.

p/s ; Insya Allah------- [[
]]

penghayatan ISLAM di kalanGan PeNJawAt AwAM


Ajaran Rasulullah sandaran kukuh


Dalam konteks Perkhidmatan Awam, contoh dan teladan serta ajaran yang dibawa oleh Baginda Rasulullah merupakan elemen fundamental yang dapat dijadikan sandaran dalam memperkukuh komitmen, peranan serta tanggungjawab di kalangan pegawai serta kakitangan kerajaan ke arah melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Seandainya meneladani kepimpinan Baginda Rasulullah itu menjadi pegangan semua lapisan warga Perkhidmatan Awam, ditambah pula dengan penghayatan mendalam terhadap intipati peristiwa Israk Mikraj, maka dipercayai warga Perkhidmatan Awam di negara ini bukan saja akan dapat bertindak reponsif kepada kehendak keadaan semasa, tetapi juga menghindari diri masing-masing daripada sebarang keperilakuan negatif yang boleh menjejas dan menggugat imej baik serta kewibawaan Perkhidmatan Awam seperti kegiatan pecah amanah, salah guna kuasa, rasuah dan pembaziran masa.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Eusoff Agaki menyatakan perkara tersebut ketika hadir selaku tetamu kehormat di Majlis Sambutan Israk Mikraj Bagi Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan-jabatan Di Bawahnya bertempat di Institut Perkhidmatan Awam (IPA), di sini.
Justeru itu, beliau berkata bahawa kita perlu menonjolkan kepimpinan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam supaya Baginda Rasulullah akan sentiasa menjadi model, ikutan dan teladan dalam semua aspek kehidupan kita baik sebagai seorang pemimpin, ketua masyarakat, ketua keluarga mahupun pegawai dan kakitangan kerajaan.
Dalam hubungan ini, kegemilangan umat Islam iaitu di zaman pemerintahan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan para sahabat selepas Baginda di mana para Khalifah sentiasa mengamalkan corak kepimpinan 'cakap serupa bikin' dan pengikut-pengikut mereka yang sentiasa bersatu padu dengan semangat setia kawan yang kukuh berteraskan hukum-hukum Allah, keimanan, ketakwaan, sifat-sifat amanah, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah jua, di samping berjaya menyebarkan syiar Islam ke merata pelusuk dunia, itulah zaman kegemilangan Islam.
Waktu beredar, kemewahan melimpah ruah dan keimanan umat Islam mula goyah dan mereka bertindak tanpa mengikut lunas-lunas yang ditentukan ajaran Baginda Rasulullah dalam erti kata penganut-penganut Islam mula dibuai tarikan duniawi menuruti nafsu dengan mengutamakan unsur-unsur kebendaan, pangkat dan kuasa dalam kehidupan mereka di mana sedikit demi sedikit iman umat Islam beransur-ansur lemah.
Katanya, proses tersebut berterusan sehingga mengakibatkan umat Islam tidak 'tekabir' dengan apa yang diamanahkan dan hilang penghormatan serta kegemilangannya.
Jelasnya, hal tersebut dapat diilustrasikan oleh satu gambaran yang luar biasa dalam peristiwa Israk Mikraj iaitu perihal seorang yang sedang mengumpulkan seberkas kayu yang mana kayu tersebut cuba diangkatnya tetapi ia tidak terdaya kemudian orang tersebut menambah lagi berkas kayu yang sedia berat itu.
Malaikat Jibril memberitahu Baginda bahawa itulah gambaran orang yang banyak menanggung amanah, tetapi amanah-amanah tersebut tidak pernah ditunaikannya.
"Sebagai anggota dan kakitangan kerajaan, kita mengambil iktibar dari pengalaman-pengalaman Baginda melalui peristiwa Israk Mikraj tersebut," ujar beliau.
Anggota Perkhidmatan Awam perlu mempunyai sifat-sifat luhur di samping mengamalkan etika kerja yang mulia bagi menunaikan segala apa yang diamanahkan dan selayaknya dituntut oleh kerajaan terhadap kita.
Menurutnya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam titah baginda sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam pada tahun 2001 menekankan empat perkara yang patut ada pada setiap individu khususnya para pegawai dan kakitangan kerajaan iaitu sikap tawakal, ketaatan, yakin serta istiqamah dalam menjalankan tugas yang diamanahkan demi kemajuan bangsa, agama dan negara.
Perkara tersebut dapat dihayati dan diserapkan dalam pengendalian tugas dan peranan harian kita sebagai warga Perkhidmatan Awam yang komited serta sentiasa mengabdi kepada Allah Azzawajalla, dipercayai dengan izin Allah Subhanahu Wataala jua segala usaha pembaharuan serta penambahbaikan hasil yang diharapkan demi kepentingan negara.

0 Comments:

Post a Comment



Newer Post Older Post Home

 

 

Blogger Template by Blogcrowds